HomeUtamaHajiji hadiri Majlis Kesyukuran YKS dan BALKIS-JKM

Hajiji hadiri Majlis Kesyukuran YKS dan BALKIS-JKM

Read Time:36 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Sabah (YKS), menghadiri Majlis Kesyukuran dan Silaturahim bersama YKS serta Badan Amal dan Kebajikan Islam Jabatan Ketua Menteri (BALKIS-JKM) di Menara Kinabalu, di sini pada Jumaat.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh muhibah itu diserikan dengan jamuan makan, sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen dan dedikasi warga kerja YKS serta BALKIS-JKM dalam melaksanakan pelbagai inisiatif kebajikan.

Turut hadir, Pengarah YKS merangkap Pengerusi BALKIS-JKM, Datuk Diyanah Abdullah, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YKS, ketua-ketua jabatan di bawah Jabatan Ketua Menteri serta ahli jawatankuasa BALKIS-JKM.

Majlis berkenaan turut menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim antara agensi serta memperkukuh kerjasama dalam usaha memperkasa agenda kebajikan di negeri ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Autism Fun Run 2026 perkasa kesedaran dan sokongan komuniti Autisme

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular