HomeUtamaMurid SK Balaban Jaya dipindah ke SK Pekan Beluran – KPM

Murid SK Balaban Jaya dipindah ke SK Pekan Beluran – KPM

Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Balaban Jaya, Beluran akan dipindahkan sementara ke SK Pekan Beluran sehingga pembinaan bangunan baharu sekolah itu siap.

Kemudahan pengangkutan turut disediakan bagi membawa murid ke sekolah berkenaan.

Tindakan segera itu dijelaskan Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi satu kenyataan hari ini, susulan laporan mengenai ketidakselesaan murid SK Balaban Jaya yang terpaksa belajar di ruang sementara yang tidak sesuai seperti khemah dan koridor masjid.

“KPM prihatin terhadap isu akses pendidikan dan keselamatan yang berbangkit di SK Balaban Jaya, Beluran, Sabah. Isu ini berpunca dari kerosakan pada sebahagian infrastruktur yang diakibatkan oleh pergerakan tanah dan cerun, menjadikan sekolah tidak berada dalam keadaan selamat.

“Beberapa sesi libat urus (SLU) telah dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah bersama-sama dengan pihak berkepentingan termasuk ibu bapa dan masyarakat setempat bagi mencari jalan penyelesaian.

“Tindakan segera yang akan diambil termasuk memindahkan sementara murid ke SK Pekan Beluran dan menyediakan pengangkutan untuk membawa murid ke sekolah berkenaan. Langkah ini bagi memastikan pembelajaran murid tidak terjejas dan ibu bapa tidak terbeban,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kerja naik taraf di SK Sungai Nangka juga akan dilaksanakan segera bagi memenuhi keperluan penyuraian murid sementara menunggu pembinaan baharu SK Balaban Jaya.

KPM berkata pihaknya bertanggungjawab penuh memastikan keperluan pendidikan untuk semua murid yang terjejas di SK Balaban Jaya terpelihara serta pada masa sama aspek keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga sekolah diberi perhatian.

RELATED ARTICLES
Utama

Restorasi terumbu karang di TTM raih pengiktirafan MBOR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular