HomeUtamaPakar patologi forensik beri keterangan dalam inkues Zara

Pakar patologi forensik beri keterangan dalam inkues Zara

Read Time:39 Second

KOTA KINABALU: Pakar patologi forensik Datuk Seri Dr Bhupinder Singh Jeswant Singh hadir di Mahkamah Koroner bagi memberi keterangan dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir hari ini.

Dr Bhupinder merupakan saksi ke-68 yang dipanggil oleh pasukan guaman yang diketuai oleh Datuk Ram Singh.

Zara, 13, ditemui tidak sedarkan diri di tingkat bawah asrama sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya pada 17 Julai 2025 di Hospital Queen Elizabeth (QEH).

Proses penggalian semula kubur Zara dilakukan pada 9 Ogos 2025 bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar itu.

Bedah siasat dilakukan pada 10 Ogos 2025 di Jabatan Perubatan Forensik, QEH oleh pasukan pakar patologi forensik termasuk Dr Jessie Hiu dari QEH dan Dr Khairul Anuar Zainun dari Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

Inkues Zara bermula pada 3 September 2025.

RELATED ARTICLES
Utama

Program menembak bersama TYT perkukuh hubungan strategik pimpinan negeri, pasukan keselamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular