HomeUtamaKerjasama Sabah–Persekutuan diperkukuh, pastikan pembangunan lebih inklusif

Kerjasama Sabah–Persekutuan diperkukuh, pastikan pembangunan lebih inklusif

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Kerjasama antara Kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan terus diperkukuh demi manfaat negeri ini, khususnya dalam memastikan pembangunan yang lebih inklusif, mampan dan memberi impak langsung kepada kesejahteraan rakyat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Masidi Manjun berkata, hubungan erat antara kedua-dua pihak adalah kunci utama dalam memastikan agenda pembangunan Sabah dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh, tersusun dan berkesan, sekali gus memberi manfaat yang lebih besar kepada rakyat di seluruh negeri.

Beliau turut menekankan bahawa pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), termasuk isu tuntutan 40 peratus hasil Sabah, kekal menjadi keutamaan kerajaan negeri.

Menurutnya, kedua-dua pihak bersetuju bahawa pelaksanaan perkara tersebut perlu dipercepatkan selain memastikan hak Sabah dapat direalisasikan sepenuhnya.

Masidi yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud di pejabatnya di sini pada Isnin.

Beliau turut menekankan keperluan penyelarasan berterusan antara agensi Persekutuan dan Negeri bagi memastikan setiap keputusan yang dicapai dapat dilaksanakan dengan berkesan di peringkat akar umbi

Selain itu, Masidi turut menasihatkan agar semua pihak sentiasa bersedia dalam mengurus ekonomi negeri, khususnya dalam menghadapi ketidaktentuan global ketika ini.

Menurutnya, konflik antarabangsa, tekanan inflasi serta perubahan pasaran dunia boleh memberi kesan langsung kepada ekonomi tempatan sekiranya tidak ditangani dengan strategi yang tepat.

Tambahnya lagi, usaha memperkasa kedudukan ekonomi negeri adalah penting bagi menjamin pembangunan yang seimbang dan konsisten

“Kerajaan negeri perlu terus mengamalkan pendekatan berhemah dalam perbelanjaan serta memberi tumpuan kepada semua sektor bagi memastikan kestabilan ekonomi Sabah kekal terpelihara,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Inkues Zara: Penemuan Phenytoin tidak ubah punca kematian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular