HomeUtamaDUN Sabah : 11 penempatan setinggan di Kapayan berisiko tinggi kebakaran

DUN Sabah : 11 penempatan setinggan di Kapayan berisiko tinggi kebakaran

Read Time:1 Minute, 0 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Sebanyak 11 penempatan setinggan di kawasan Kapayan dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi berdepan dengan kebakaran.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Maijol Mahap berkata, jumlah yang direkodkan Majlis Perbandaran Penampang (MPP) itu terletak di beberapa lokasi seperti darat, tepi parit serta kawasan berbukit.

“Kebanyakan penempatan ini mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, susun atur rumah yang rapat dan tidak terancang serta menggunakan bahan binaan yang mudah terbakar.

“Selain itu, terdapat kekangan dari segi akses laluan yang sempit dan terhad, yang boleh menjejaskan kelancaran operasi pasukan penyelamat dan bomba sekiranya berlaku kebakaran,”‘katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Chin Tek Ming (Warisan-Kapayan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini.

Maijol berkata, pihak MPP telah mengambil langkah pemantauan berterusan serta mengeluarkan notis di bawah Undang-Undang Kecil berkaitan bangunan dan keselamatan. 

Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara berperingkat termasuk memberi notis amaran; notis lanjutan; dan yindakan perundangan ke atas pemilik-pemilik tanah.

” Kerajaan Negeri melalui Kementerian saya akan terus bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memastikan langkah pencegahan, kawalan dan pelaksanaan tindakan susulan dapat dilaksanakan secara menyeluruh demi keselamatan penduduk serta mengurangkan risiko kejadian kebakaran di kawasan berkenaan,” katanya. – SABAH MEDIA 

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah: Hampir RM18 juta diperuntuk selenggara lampu jalan Persekutuan di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular