HomeUtamaGangguan seksual: Ebit Lew diperintah bela diri 11 tuduhan mengaibkan kehormatan wanita

Gangguan seksual: Ebit Lew diperintah bela diri 11 tuduhan mengaibkan kehormatan wanita

Read Time:49 Second

Oleh J Evachel John

TENOM: Seorang pendakwah diperintah membela diri oleh Mahkamah Majistret di sini terhadap 11 pertuduhan membabitkan kes gangguan seksual terhadap seorang wanita.

Majistret Nur Asyraf Zolhani membuat keputusan itu selepas memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Ebit Irawan Ibrahim Lew.

Pada 8 Februari 2022, Ebit didakwa dengan 11 pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita yang kini berusia 46 tahun dengan memuat naik hantaran gambar dan perkataan lucah serta membuat panggilan video lucah kepada mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Ebit mengaku tidak bersalah dan mahkamah membenarkan beliau diikat jamin sementara menunggu perbicaraan selesai.

Seramai 18 saksi pendakwaan memberi keterangan sejak perbicaraan bermula pada September 2022.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Analia Kamaruddin dan Muhammad Hidayat Wahab, manakala Ebit diwakili peguam Datuk Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Timothy Daut.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah lulus empat RUU

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular