HomeUtamaKerajaan Negeri alu-alukan lebih banyak inisiatif belia, sukan di Sabah

Kerajaan Negeri alu-alukan lebih banyak inisiatif belia, sukan di Sabah

Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mengalu-alukan komitmen Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Persekutuan untuk membawa lebih banyak inisiatif pembangunan belia dan sukan ke negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, usaha berkenaan akan melengkapkan inisiatif Kerajaan Negeri dalam memperkasa pembangunan modal insan serta sektor sukan di Sabah.

“Sukan juga merupakan platform penting dalam memupuk perpaduan rakyat,” katanya ketika menerima kunjungan hormat Menteri Belia dan Sukan, Dr Muhammed Taufiq Johari di Menara Kinabalu, di sini, pada Jumaat.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan serta Setiausaha Tetap kementerian, Datuk Mansur Asun.

Dalam pertemuan itu, Dr Muhammed memaklumkan kementeriannya telah mengenal pasti beberapa program pembangunan belia dan sukan yang akan dilaksanakan di Sabah.

Beliau berkata, Sabah mempunyai potensi besar dalam pembangunan pasaran khusus, terutama dalam sektor pelancongan sukan.

Selain itu, Dr Muhammed turut memuji komitmen Sabah yang menghantar kontinjen seramai 200 peserta bagi memeriahkan sambutan Hari Belia Negara yang dijadual berlangsung di Negeri Sembilan pada pertengahan bulan ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Laporan polis dibuat kes scam guna nama Ahli Parlimen Papar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular