HomeUtamaInkues Zara: Pakar pskiatri pertama kali kendali autopsi psikologi

Inkues Zara: Pakar pskiatri pertama kali kendali autopsi psikologi

Read Time:49 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Pakar Perunding Psikiatri Forensik memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa kes Allahyarhamah merupakan autopsi psikologi pertama yang dikendalikannya.

Dr Chua Sze Hung, 43, pengalaman beliau sebelum ini di mahkamah lebih tertumpu kepada memberi keterangan dalam kes melibatkan ketidakwarasan mental.

Saksi ke-67 itu yang dipanggil semula itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh peguam Datuk Rizwandean Bukhary M Borhan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Beliau turut memaklumkan bahawa beliau tidak mengingati pernah memberi keterangan dalam kes melibatkan remaja sebelum ini.

Inkues bersambung pada 22 Jun depan.

Zara, 13, ditemui di bawah bangunan asramanya pada 16 Julai 2025 sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di hospital.

Jenazahnya digali semula pada 9 Ogos 2025 dan bedah siasat dijalankan pada 10 Ogos di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth.

Pada 20 Ogos 2025, lima remaja bawah umur yang yang dinamakan Pelajar A, B, C, D dan E didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak atas pertuduhan mencela Zara.

RELATED ARTICLES
Utama

17 barangan terlibat dalam Skim Harga Maksimum Kaamatan dan Gawai 2026

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular