HomeUtamaWanita Malaysia Nafi Hina Rakyat China, Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Fitnah

Wanita Malaysia Nafi Hina Rakyat China, Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Fitnah

Read Time:1 Minute, 27 Second

KUALA LUMPUR, — Seorang wanita Malaysia yang tular selepas dikaitkan dengan dakwaan menghina rakyat China menerusi sebuah video pelancongan tampil menafikan tuduhan berkenaan dan memaklumkan bahawa beliau telah memulakan tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwa menyebarkan fitnah.

Wanita berkenaan, dikenali sebagai Ekyn Wong, menerusi satu kenyataan di media sosial berkata beliau telah menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa serta peguam bagi tindakan lanjut mengikut saluran undang-undang.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil terhadap mana-mana individu yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, tuduhan tidak berasas, provokasi atau penyebaran maklumat palsu sehingga menjejaskan nama baik, reputasi dan integritinya.

https://www.tiktok.com/@ekyn.wong/photo/7651981211463585032?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7647802784045254152

kenyataan beliau yang dimuat naik melalui laman tik tok nya hari ini

“Saya telah mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, tuduhan tidak berasas, provokasi serta penyebaran maklumat palsu yang telah menjejaskan nama baik, reputasi dan integriti saya,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau berkongsi maklumat yang belum disahkan berhubung isu tersebut.

Katanya lagi, semua urusan berkaitan kini dikendalikan oleh peguamnya dan mana-mana pihak yang terus menyebarkan fitnah atau maklumat palsu berkemungkinan berdepan tindakan undang-undang.

Sebelum ini, media sosial dibanjiri rakaman video yang didakwa memaparkan sekumpulan pelancong Malaysia di China membuat kenyataan menghina penduduk tempatan, termasuk dakwaan mereka menutup hidung sambil menyebut “busuk” serta mendakwa penduduk di negara itu “tidak mandi”.

Rakaman tersebut mencetuskan kritikan daripada netizen di Malaysia dan China, sekali gus mencetuskan perdebatan meluas di media sosial.

Bagaimanapun, Ekyn Wong menegaskan dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan kenyataan tersebut adalah tidak benar dan meminta orang ramai menghentikan penyebaran maklumat yang tidak disahkan sementara proses undang-undang sedang berjalan.

RELATED ARTICLES
Utama

Mahkamah Tetapkan 13 Ogos Dengar Permohonan SPRM Beku Aset Jersey RM5.5...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular