HomeUtamaMenulis diari, 'barcode' antara mekanisme Zara atasi tekanan

Menulis diari, ‘barcode’ antara mekanisme Zara atasi tekanan

Read Time:2 Minute, 3 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir mempunyai mekanisme untuk mengatasi tekanan yang dialaminya, Mahkamah Koroner diberitahu hari ini.

Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Kaunselor Berdaftar, Dr Noor Aishah Rosli berkata, tekanan boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu tekanan positif dan tekanan negatif.

Katanya, tekanan negatif berlaku apabila seseorang tidak mempunyai penyelesaian atau mekanisme untuk mengatasi tekanan yang dihadapi.

Saksi ke-76 itu berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Shahlan Jufri yang mewakili ibu Allahyarhamah Zara, Noraidah Lamat, di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Peguam: Betulkan saya kalau pemahaman saya salah mengenai stres. Stres yang negatif adalah stres yang mana individu tersebut tidak mempunyai penyelesaian untuk menghadapi stres tersebut. Betul , doktor?
Saksi: Ya, betul.

Peguam: Disebabkan individu tersebut tidak mempunyai penyelesaian untuk menghadapi stres negatif tersebut, maka timbullah anxiety.
Saksi: Ya, betul.

Peguam: Dalam erti kata lain, sekiranya seseorang itu mempunyai penyelesaian untuk mengatasi stres, maka stres itu adalah stres yang positif dan tidak boleh dikategorikan sebagai anxiety. Betul , doktor?
Saksi: Ya, betul.

Mengulas keadaan Zara,Noor Aishah berkata, antara tekanan yang dikenal pasti dalam sejarah hidup remaja itu ialah berkaitan hubungan dengan rakannya.

Peguam: Tadi doktor ada mengatakan bagi kes Zara ini, Zara mempunyai stres. Soalan saya, stres jenis yang mana satu, doktor?
Saksi: Salah satu stres, kalau saya tengok sejarah hidup Zara, adalah ketika kawannya, melayan kawan yang lain. Itu salah satu bentuk. Atas sebab itu, dia mungkin mula membuat ‘barcode’ sebagai coping mechanism untuk mengatasi keadaan stres itu.

Peguam: Baik doktor, betulkan saya jika pemahaman saya salah. Stres yang dialami Zara adalah stres yang positif dan bukannya negatif kerana dia mempunyai cara untuk mengatasi stres tersebut. Betul?
Saksi: Ya, betul.

Peguam: Dan salah satu cara Zara menghadapi stres tersebut adalah dengan menulis diari.
Saksi: Ya, betul.

Peguam: Sekiranya Zara tidak mempunyai penyelesaian atau mechanism untuk menghadapi stres tersebut, maka saya boleh katakan Zara mempunyai stres yang negatif yang boleh bertukar menjadi anxiety. Betul pemahaman saya, doktor?
Saksi: Untuk keadaan tersebut, dia memendam rasa. Dia tidak meluahkan secara menulis, tetapi dia simpan dalam hati. Dia hanya ada internal monolog yang negatif dan sedih.

Peguam: Bermaksud memendam rasa bukanlah satu penyelesaian bagi seseorang untuk menghadapi stres.
Saksi: Ya. Sebaik-baiknya perlu diselesaikan dan bukannya dipendam. Kerana daripada memendam rasa ini, dia boleh bertukar menjadi anxiety dan depressed.

Zara, 13, ditemui tidak sedarkan diri di tingkat bawah bangunan asramanya pada 16 Julai 2025 sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada keesokan harinya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada elemen ‘masking’ pada Zara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular