Perkhidmatan Kaunter HASiL lokaliti Kota Kinabalu akan beroperasi di lokasi baharu mulai 31 Julai 2023
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan Kaunter HASiL meliputi Kaunter Setempat dan Kaunter Duti Setem serta Kaunter Pusat Pengurusan Terimaan HASiL (PPTH) lokaliti Kota Kinabalu akan mula beroperasi di lokasi baharu bertempat di Menara HASiL Kota Kinabalu mulai 31 Julai 2023.
HASiL meterai Memorandum Persefahaman dengan Labuan FSA, Perbadanan Labuan dan DBKK
Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) dengan Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA), Perbadanan Labuan (PL) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah dimeterai dengan jayanya di Hotel Le Meridien di sini pada Khamis (27 Julai).
6 pertubuhan kebajikan terima sumbangan RM5000
Enam buah pertubuhan kebajikan di Beluran masing-masing menerima
sumbangan RM5000 daripada Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah Tan Sri R.M. Jasni sempena Majlis Lawatan Amal ke Institusi Kebajikan Sempena Ulang Tahun Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Peringkat Negeri Sabah di Dewan Serbaguna Beluran.