Seramai 274 mangsa banjir dipindahkan ke empat buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga daerah di negeri ini berikutan banjir sejak semalam setakat jam 4 petang tadi.
Seramai 148 penduduk terjejas bencana (PTB) di dua buah daerah di Sabah telah dipindahkan ke dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 malam tadi.
Seramai 17 mangsa banjir di daerah Sandakan telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pertanian Batu 25 setakat jam 8 pagi tadi.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan berlaku banjir kilat dalam tempoh 12 jam di beberapa daerah di Kedah, Selangor, Sabah dan Sarawak sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan terus berlaku.
Situasi banjir di Sabah bertambah buruk apabila jumlah mangsa yang terjejas banjir di negeri ini telah melepasi paras angka lebih 8,000 orang apabila seramai 8,523 mangsa direkodkan setakat jam 12 tengah hari tadi.