HomePolitikUMNO Sabah, BN Sasar Kerusi PRU 15 Tidak Kurang Dari Sasaran PRU...

UMNO Sabah, BN Sasar Kerusi PRU 15 Tidak Kurang Dari Sasaran PRU Ke 14

Read Time:1 Minute, 59 Second

Umno Sabah meletakkan sasaran untuk bertanding kerusi Parlimen pada Pilihanraya Umum Ke 15 akan datang tidak kurang dari Sasaran Pada PRU 14 Lepas termasuk kompenan BN

Ketuanya Dato Sri Bung Moktar Radin (gambar) berkata mengikut fakta pada PRU ke 14 Umno lepas Umno diberikan kerusi untuk bertanding di 14 kerusi Parlimen iaitu Parlimen Kudat, Kota Belud,Sepanggar, Papar, Kimanis,Beaufort, Sipitang, Tenom, Beluran, Libaran Kinabatangan, Silam,Semporna dan Kalabakan,

Menurut beliau sasaran ini berpandukan kepada kajian parti melalui Jabatan Urusan Pilihanraya(JUARA) Umno Sabah dimana Sekretrariat Penyelidikan yang di pengerusikan oleh Ir.Shahelmey Yahya bersama jawatankuasa akan membuat penyelidikan tentang kekuatan sokongan rakyat kepada Umno bagi kerusi yang dituntut.

“ Penyelidikan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat dan hasil daripada rumusan laporan itu nanti kita akan muktamadkan keputusan kerusi Parlimen mana yang bakal ditandingi oleh Umno” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat JUARA Umno Sabah pada sabtu di bangunan Umno Sabah.

Hadir sama Timbalan Ketua Umno Sabah Datuk Yakub Khan Pengerusi JUARA Umno Sabah yang juga Setiausaha Umno Sabah Datuk Jafry Arifin dan Pengarah Pilihanraya PRU ke 15 Datuk Sri Salleh Tun Said.

Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata dalam soal agihan calon-calon yang bakal bertanding pada PRU ke 15 akan datang perundingan awal bersama BN dan GRS perlu dilakukan secara telus berdasarkan kepada kekuatan parti masing-masing dan ianya perlu diputuskan lebih awal tidak menunggu saat saat akhir menghadapi PRU ke-15

“ Dalam PRU-15 kita nak menang untuk tubuhkan kerajaan bukan kerusi untuk bermegah ,mesti diteliti setiap kerusi,geopolitik kehendak pengundi dan lokaliti” katanya.

Terdahulu Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri turut mengadakan perjumpaan bersama menteri dan pembantu menteri yang diwakili oleh Umno dan selepas itu turut mengadakan mesyuarat perhubungan Umno Sabah.

Semasa perjumpaan bersama Menteri dan Pembantu Menteri dari Umno Bung turut mengingatkan mereka agar lebih proaktif turun padang menangani masalah rakyat terutamanya ketika pandemik covid-19 dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan dimana kebanyak rakyat diluar bandar terjejas dan memerlukan bantuan.

“ Saya harap semua wakil rakyat Umno mengekalkan memontum untuk terus bekerja dan bersama rakyat sejak diangkat menjadi wakil rakyat bukannya berkerja ketika dekat pilihanraya” katanya.

Bung yang juga wakil Rakyat kawasan Lamag ketika mempengerusikan mesyuarat perhubungan Umno Sabah memberi tahu satu sambutan 30 tahun Umno melebarkan sayapnya ke Sabah akan diadakan pada 20 Febuari ini dengan perhimpunan secara sederhana yang mengikut SOP yang ditetapkan dan ianyaakan diadakan di bangunan Umno Sabah

RELATED ARTICLES
Politik

Pemuda Gagasan Rakyat sedia hadapi PRN-17

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular