HomeIsu tempatanAmri Yahyah, Thanabalan sertai Sabah FC

Amri Yahyah, Thanabalan sertai Sabah FC

Read Time:55 Second

Penyerang berpengalaman, Amri Yahyah dan bekas peledak berbisa skuad bawah 23 tahun negara, N Thanabalan menjadi senjata baharu Sabah FC untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Kedua-dua pemain itu diumumkan secara rasmi menyertai skuad berkenaan menerusi akaun Facebook Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), hari ini.

Nama Amri cukup dalam kancah bola sepak Malaysia selepas pemain berusia 40 tahun itu pernah mengecapi beberapa kejayaan bersama Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Dengan kehadiran Amri Yahya, diharapkan serangan dan corak permainan tersusun akan kelihatan dalam pasukan Sabah FC bagi saingan Liga Super musim ini.

“Usia yang mencecah 40 tahun ini hanyalah angka buat beliau, Likas pula bukanlah asing buat beliau,” kata SAFA dalam kenyataan menerusi akaun Facebook berkenaan.

Sementara itu, Thanabalan, 26, yang mula dikenali ketika beraksi cemerlang bersama skuad negara di Sukan SEA 2017 juga bakal menjadi antara pemain yang diharapkan dapat mencipta sesuatu buat Sabah musim ini.

“Semoga dengan kehadiran Thanabalan akan mendapat lebih banyak pilihan buat Kurniawan Dwi Yulianto (jurulatih Sabah) di bahagian sayap Sabah FC di samping boleh bertindak sebagai pemain tengah ofensif,” kata SAFA dalam kenyataan berasingan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular