HomeEkonomiMinyak mentah Brent lonjak AS$65, tertinggi sejak Januari 2020

Minyak mentah Brent lonjak AS$65, tertinggi sejak Januari 2020

Read Time:1 Minute, 21 Second

Harga salah satu penanda aras minyak mentah, Brent melonjak melepasi paras AS$65 setong buat kali pertama sejak Januari 2020.

Ia didorong penyusutan mendadak pengeluaran dari Amerika Syarikat (AS) berikutan krisis tenaga yang dihadapi negara itu.

Niaga hadapan Brent di London di meningkat sehingga 1.4 peratus kepada AS$65.21 pada Khamis.

Cuaca sejuk melampau menyebabkan berlaku gangguan tenaga elektrik merentasi kawasan di tengah AS, sekali gus menyebabkan penurunan drastik pengeluaran minyak mentah sehingga lebih empat juta tong sehari di seluruh negara itu.

Bagaimanapun gangguan elektrik di kilang penapisan secara mendadak itu telah mengurangkan permintaan terhadap minyak mentah.

Bermula dengan masalah tenaga elektrik yang membabitkan segelintir negeri di AS, ia kini bertukar kepada kejutan kepada pasaran minyak dunia.

Membabitkan pengeluaran lebih empat juta tong sehari – hampir 40 peratus pengeluaran minyak mentah negara itu – kini tidak beroperasi, menurut peniaga dan eksekutif.

Salah satu pusat penapisan minyak terbesar di dunia telah menyaksikan pengeluarannya menurun secara drastik.

Jalan air yang membantu aliran minyak AS ke seluruh dunia telah terganggu selama hampir seminggu.

“Pasar memandang rendah jumlah pengeluaran minyak yang hilang di Texas susulan cuaca buruk,” kata Ben Luckock, ketua perdagangan minyak di Trafigura Group.

Minyak mentah Brent melonjak sekejap di atas AS$65 setong pada Khamis, tahap yang tidak dilihat sejak Januari lalu.

Pelebaran harga yang mana menunjukkan kekurangan bekalan juga meningkat. Sepuluh bulan lalu, harga merosot di bawah AS$16 kerana kejutan permintaan disebabkan oleh COVID-19.

Pada masa lalu, gangguan berkaitan cuaca sebahagian besarnya menjadi masalah kepada AS, namun kini ia sudah menjadi isu di peringkat global.

Pasaran minyak mentah di Eropah rali ketika peniaga menggantikan eksport AS yang hilang. – Bloomberg

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

YTL PowerSeraya Bina Loji Hidrogen Baharu di Pulau Jurong, Sasar Pengurangan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular