HomePolitikBERSATU Sabah Yakin Muafakat GRS Mampu Dipertahankan

BERSATU Sabah Yakin Muafakat GRS Mampu Dipertahankan

Read Time:2 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah yakin muafakat Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibentuk menerusi kerjasama pelbagai parti termasuk UMNO mampu terus dipertahankan sebagai tunjang kerajaan negeri.

Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Hajiji Noor, berkata keyakinan itu berdasarkan kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan pemimpin semua parti komponen GRS dalam usaha untuk mengukuhkan lagi kedudukan gabungan berkenaan.

Katanya, kekuatan dan kesatuan GRS penting untuk Sabah sebagai landasan bagi memastikan suara dan kepentingan negeri ini dalam persekutuan sentiasa diberi perhatian serta pembelaan yang sewajarnya.

“Hari ini kita mungkin berada dalam parti politik berbeza tetapi hakikatnya kita pernah bersama dalam rumpun yang sama. Muafakat GRS akan menjadi pemangkin untuk kita bersatu dalam satu platform kerjasama untuk kepentingan rakyat, membina tanah air tercinta yang lebih maju dan berjaya.

“Permuafakatan GRS bukan sekadar penting untuk kita di Sabah tetapi juga bermakna, membina kesatuan dan kekuatan dalam memastikan kepentingan Sabah terus terbela dalam Persekutuan Malaysia.

“Kita akan dihormati sekiranya kita kuat dan bersatu membawa suara dan perjuangan negeri dan rakyat. Ikhtiar kita akan lebih berkesan apabila kita menjadi sebahagian daripada tunjang kekuatan kerajaan persekutuan,” katanya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Kedua BERSATU Sabah yang disempurnakan Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, di sini, malam tadi.

Yang turut hadir ialah Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee; Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Timbalan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Masidi Manjun serta wakil pemimpin parti komponen GRS.

GRS dibentuk selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) September lalu menerusi kerjasama Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai BERSATU Sabah, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP); Barisan Nasional (BN) yang dianggotai UMNO, MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS); dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah, berkata BERSATU Sabah amat menghargai komitmen yang ditunjukkan semua parti dalam GRS, lebih-lebih lagi UMNO Sabah yang sebelum ini menjelaskan pendirian untuk terus mempertahan GRS dan tidak akan bertembung sesama sendiri pada pilihan raya akan datang.

“Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, atas komitmen beliau untuk memastikan bahawa tidak akan ada pertembungan kerusi di antara UMNO dan BERSATU di Sabah, sebagaimana yang beliau umumkan beberapa hari lalu. BERSATU Sabah amat menyanjung tinggi pendirian ini.

“Saya juga mengharapkan agar Muafakat GRS akan dapat membawa kita untuk bersama memastikan tidak akan ada pertembungan kerusi di antara semua rakan komponen dalam GRS,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata BERSATU Sabah dan GRS juga komited untuk terus menyokong

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Tuduhan berat pertikai pelantikan Musa sebagai TYT kerana rasuah – Rahman...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular