HomeIsu tempatanJahid Melawat Mangsa Kebakaran Di Tamparuli

Jahid Melawat Mangsa Kebakaran Di Tamparuli

Read Time:53 Second

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim melawat rumah mangsa kebakaran di Kampung Tambulaung, di Tamparuli.

Mangsa, Sani Lingkubang, 76 tahun, hidup sehelai sepinggang selepas rumahnya hangus terbakar petang Khamis. 

Beliau yang diiringi Penolong Pegawai Daerah (ADO) Tamparuli, Herman Tunggiging, meluangkan masa hampir satu jam bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian dan membincangkan keperluan nasib keluarga mangsa.

Selain menerima bantuan makanan dan keperluan dapur, Sani turut menerima sedikit sumbangan wang tunai daripada Jahid bagi meringankan bebannya.

Dalam pada itu, Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli menyeru jabatan kerajaan berkaitan agar dapat membantu mangsa yang ditimpa musibah dengan seberapa segera.

“Semoga Sani dan keluarga diberikan kekuatan menghadapi ujian dan dipermudahkan segala urusan,” katanya.

Sani kini terpaksa menumpang tinggal bersama saudara terdekat buat sementara waktu.

Rombongan amal itu turut dihadiri Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Luar  Jilias Lintar dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak.

Hadir sama Setiausaha Perhubungan Awam KPLB Romeo Sindeh, Penyelia Kemajuan Masyarakat Tamparuli Boe Sindolun, Pemaju Mukim James Sinail, dan Ketua Anak Negeri (KAN) Rony Sundang.
 

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular