HomeEkonomiFSI Akan Wujudkan Hab Ekonomi Rantau Asia Timur Di Sabah

FSI Akan Wujudkan Hab Ekonomi Rantau Asia Timur Di Sabah

Read Time:1 Minute, 32 Second

Persekutuan Industri Sabah (FSI) akan mewujudkan hab ekonomi yang maju di Sabah untuk rantau Asia Timur.

Memetik laporan portal utusan Borneo, Presiden FSI Richard Lim berkata, ianya berobjektikan memberikan kemudahan perniagaan dan juga menjalinkan hubungan rapat dengan kerajaan.

“FSI telah bekerjasama dengan MICCI Sabah dalam menganjurkan Sabah International Expo (SIE) dan akan terus berusaha dalam menganjurkan SIE Expo yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada tahun 2022,” katanya.

Beliau berkata demikiam ketika menerima kunjungan hormat dari Naib Presiden Kebangsaan merangkap Pengerusi Persatuan Usahawan Maju Malaysia (PUMM) Sabah Datuk George Lim bersama-sama dengan anggota PUMM di Wisma FSM, Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), hari ini.

Richard turut mengalu-alukan PUMM untuk menyertai SIE. Selain itu, FSI juga akan menganjurkan sesi dialog berkaitan perniagaan atas talian dengan Kedutaan Vietnam, Indo-China dan lain-lain lagi dalam usaha mengeratkan hubungan ekonomi dan persefahaman.

Beliau juga gembira, kerajaan kini berusaha untuk membangun semula ekonomi negeri yang terjejas disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Katanya, FSI turut memainkan peranan menjadi jambatan perhubungan antara sektor swasta dengan kerajaan Sabah bagi menggalakan pertumbuhan ekonomi.

“Dalam tempoh pandemik ini, FSI turut menjadi ‘jambatan’ bagi menghubungkan ahli-ahli FSI dengan kerajaan seperti maklumat SOP agar para ahli lebih faham mengenai pencegahan wabak berkenaan.

“FSI juga berperanan untuk membantu memperkasakan sektor pembuatan tempatan dengan membantu para ahli FSI bagi mendapatkan lebih banyak bantuan dari kerajaan,” katanya.

Sementara itu, George berkata, visi PUMM adalah untuk menerajui pembanguan keusahawan di Malaysia dan global. 

Katanya, PUMM berobjektif untuk mendapatkan usahawan-usahawan yang berpengalaman melalui platform IPUMM untuk berkongsi pengalaman kejayaan perniagaan mereka kepada para usahawan muda bagi mengalakkan usahawan muda, justeru menjalinkan perhubungan yang erat dalam kalangan usahawan.

Menurutnya, PUMM memasuki pasaran Sabah pada 5 tahun lalu dan sehingga kini sudah mempunyai lebih daripada 100 anggota di negeri ini. Seluruh Malaysia, terdapat lebih daripada 2400 ahli.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

U Mobile lancar kedai pertama di Sabah, perkukuh kehadirannya di Malaysia...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya