HomeUtamaSESB Nafi Stesen Hidroelektrik Punca Banjir Di Beaufort & Tenom

SESB Nafi Stesen Hidroelektrik Punca Banjir Di Beaufort & Tenom

Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) hari ini menafikan banjir yang melanda daerah Beaufort dan Tenom adalah disebabkan pelepasan air melalui Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi miliknya di Tenom.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB Norhizami Abu Hasan berkata stesen itu direka berkonsepkan penggunaan aliran sungai untuk menjana tenaga elektrik dan bukan melalui sistem empangan.

“Stesen ini beroperasi menggunakan kaedah mengalihkan aliran air sungai menerusi terowong sehingga ke tarbin hidro di stesen janakuasa bagi tujuan pengoperasian stesen.

“Jumlah air yang dialihkan tersebut adalah sama dengan jumlah air dilepaskan semula ke sungai,” katanya kepada Bernama melalui aplikasi WhatsApp malam ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan bahawa banjir di Beaufort dipercayai disebabkan oleh pelepasan air di stesen janakuasa itu.

Norhizami berkata ‘Diverson Water Gate’ (DGW) yang menyerupai sebuah empangan dibina di stesen itu adalah struktur pagar direka untuk mengalihkan laluan air sungai bagi penjanaan tenaga elektrik.

Beliau berkata apabila paras air sungai meningkat dan aliran sungai berlebihan, SESB akan membuka DWG dan melepaskan lebihan air secara semula jadi ke sungai.

“DWG ini akan dibuka secara berperingkat bagi pengaliran masuk air ke sungai dan pihak SESB juga sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan bagi tujuan pemakluman pembukaan pintu pagar DWG tersebut,” katanya.

Norhizami berkata SESB memberi jaminan keselamatan kepada semua pihak dan perkara itu merupakan keutamaan SESB di dalam pengoperasian Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi yang telah beroperasi sejak 1980-an serta berjaya memanfaatkan sumber tenaga lestari bagi membekalkan tenaga elektrik untuk Sabah.

Katanya penduduk Beaufort dan Tenom boleh menghubungi SESB Careline 15454 atau 088- 515000 atau aplikasi WhatsApp di talian 019-852 5427 untuk sebarang pertanyaan. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Labuan hari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular