Arthur Serah Bantuan Makanan Kepada Mangsa Banjir

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 21 Second

KENINGAU – Seramai 32 buah keluarga di Kampung Pauh dan Kampung Tulid yang terlibat banjir baru-baru ini telah menerima bantuan berupa bakul makanan dan kewangan.

YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) berkata bantuan yang disalurkan ini sedikit sebanyak akan dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.

“Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengurusan Bencana Daerah Kecil Sook, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan NADMA yang telah mengambil tindakan pantas untuk memindahkan penduduk yang terkesan banjir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Kampung Pauh. Penduduk-penduduk yang dipindahkan ke PPS ini telah dibekalkan dengan makanan masak berbungkus sebanyak 3 kali sehari selama mereka tinggal di sini

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, pihaknya telah mengenalpasti punca utama yang sering berlakunya banjir. Ini adalah disebabkan oleh masalah sungai.

“Justeru, perbincangan bersama Pegawai Daerah Kecil Sook dan Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Keningau akan diadakan dalam masa terdekat bagi mengambil langkah segera bagi membesarkan dan meluruskan sungai supaya air dapat mengalir dengan lebih baik”.

Katanya lagi, beliau sedang menunggu laporan daripada Pejabat Daerah Kecil Sook mengenai kerja-kerja infrastruktur mendesak yang perlu dilaksanakan contohnya seperti gabion, culvert, dan perparitan. Sekiranya kerja-kerja tersebut dapat dilaksanakan segera secara tidak langsung ianya akan dapat mengurangkan berlakunya risiko banjir.

Arthur berkata demikian ketika mengadakan lawatan banjir di Kampung Pauh dan Kampung Tulid hari ini.

Seorang mangsa banjir, Puan Raimah Sainting, 51 tahun dari Kampung Pauh, Tulid yang ditemui pemberita turut mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Datuk Arthur Joseph Kurup, Ahli Parlimen Pensiangan yang hadir menyerahkan bantuan dan melihat keadaan banjir di kampung mereka.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *