HomeIsu tempatan5,220 Kenderaan Diperiksa, 20 Diarah Berpatah Balik Hari Kedua PKP 3.0 Di...

5,220 Kenderaan Diperiksa, 20 Diarah Berpatah Balik Hari Kedua PKP 3.0 Di Penampang

Read Time:1 Minute, 17 Second

PENAMPANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang memeriksa keseluruhan 5,220 kenderaan pada hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata daripada jumlah terbabit 20 kenderaan diarah berpatah balik.

“Kesemua 5,200 kenderaan yang diperiksa di empat lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) di sini didapati adalah pengguna jalan raya yang melakukan pergerakan dibenarkan dalam tempoh PKP 3.0.

“Hanya 20 kenderaan diarah berpatah balik disebabkan pengguna jalan tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan termasuk melebihi kapasiti individu yang dibenarkan di dalam kenderaan,” katanya.

Haris berkata demikian semasa melakukan tinjauan premis di Plaza 333 di sini semalam.

Bercakap mengenai operasi tinjauan terbabit Haris berkata tahap pematuhan penduduk di daerah ini berada pada tahap tinggi.

“Hasil pemantauan di kesemua kawasan di daerah Penampang, kita dapati kesemua pemilik premis mematuhi SOP dengan menutup premis perniagaan dan selepas jam 7 malam tiada lagi mana-mana kedai yang beroperasi melebihi masa ditetapkan.

“Sepanjang tempoh tiga hari pelaksanaan PKP 3.0 tiada pelanggaran SOP yang ketara dan hanya sembilan kompaun dikeluarkan disebabkan tidak memakai pelitup muka, berbasikal dan melakukan aktiviti berjoging di luar kawasan kejiranan.

“Peratusan pematuhan juga berada pada 95 peratus dan kita harapkan pematuhan ini dikekalkan serta ditambahbaik kerana jika berlaku kealpaan dalam kalangan penduduk di sini maka team pematuhan akan menjalankan tugas tanpa kompromi manakala kadar kompaun yang dikenakan juga adalah tinggi,” katanya.

Beliau juga menasihatkan penduduk agar sentiasa berhati-hati dan beringat semasa membuat pergerakan bagi mengelakkan dikenakan tindakan kompaun yang akan membebankan diri sendiri.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular