Sumbangan Melalui Pengurangan Elaun Dalam Mendepani Pendemik Covid-19

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:46 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Universiti Malaysia Sabah (PPUMS) menyambut baik Kenyataan Media yang telah dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara sebagai manifestasi solidariti penjawat awam dengan menyumbang sebahagian Imbuhan Tetap Keraian (ITK) dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam mengikut gred jawatan yang disandang.

Presiden PPUMS No’man Ahmad berkata, “PPUMS menganggap sumbangan kakitangan awam ini tidak membebankan, berpatutan dan selari dengan keprihatinan kakitangan awam terhadap cabaran menghadapi Pandemik ini”.

Menurutnya, “PPUMS ingin mengajak seluruh Syarikat Milik Kerajaan (GLC) dan pihak swasta untuk turut sama bersolidariti dengan melakukan sumbangan melalui pemotongan Elaun Lembaga Pengarah dan kakitangan syarikat masing-masing”.

“Sehubungan dengan itu, PPUMS menggesa mana-mana pihak supaya berhenti mempolemikkan isu sumbangan kakitangan awam ini. Tujahan sebenar haruslah ditumpukan untuk menangani pandemik ini secara bersepadu, cekap dan berkesan,” tambah beliau.

PPUMS juga menyuarakan sokongan dan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan di dalam kategori Frontliners, dan mendoakan kesejahteraan serta kesihatan yang cemerlang terus berkekalan katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *