Satu Kluster Baru Covid-19 Dilaporkan Di Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:2 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU:  Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melaporkan, terdapat satu  kluster baharu direkodkan hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun, yang juga jurucakap COVID-19 negeri, berkata Kluster Jalan Coastal Sembulan Kota Kinabalu, melibatkan kakitangan syarikat  konsesi parkir, Secure Parking dekat Riverson Sembulan di ibu negeri”.

Menurutnya, Kluster yang dikesan merupakan lelaki, telah bergejala sejak 25 Mei 2021,  sebelum disahkan positif pada 27 Mei 2021 oleh Klinik Kesihatan Luyang”.

Susulan kes itu, hasil saringan kontak mendapati enam lagi kes positif menjadikan jumlah  kumulatif klusteri ini sebanyak tujuh kes, termasuk satu  kes di Papar dan enam kes di Kota Kinabalu.

Menurutnya lagi, berdasarkan siasatan awal JKNS, penularan jangkitan COVID-19  berkemungkinan merebak di kawasan tempat kerja. Pasukan kesihatan kini giat menjalankan aktiviti pengesanan kontak dan punca jangkitan.

JKNS juga melaporkan, jumlah kes positif baharu  COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 203 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak  63,019 kes. Tujuh kes kematian direkodkan hari ini iaitu dua kes di daerah Sandakan, satu kes di Kota Kinabalu, satu  kes di Lahad Datu, satu kes di Kunak, dan satu kes di Semporna dan satu kes lagi di Tawau.

Daripada 203 kes jangkitan baharu hari ini, 121 kes adalah hasil daripada saringan  kontak rapat, 21 kes adalah daripada saringan kluster, 43 kes adalah daripada saringan bergejala, enam kes daripada saringan bersasar dan 12 kes adalah  daripada lain-lain kes.

12 daerah di Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes. Sembilan daerah  mencapai penurunan kes dengan julat satu angka manakala tiga daerah lagi  menunjukkan penurunan pada julat dua angka iaitu Kunak (-35), Sandakan (-23)  dan Lahad Datu (-12).

Walau bagaimanapun, terdapat sembilan  daerah yang mencatatkan peningkatan kes hari ini pada julat satu angka. Daerah Keningau kekal catatan  kes baharu sebagaimana hari kelmarin iaitu dengan dua  kes. Pada hari ini, enam daerah mencatatkan sifar kes iaitu Beluran, Tongod,  Pitas, Sipitang, Tenom dan Tambunan.

Sabah mengalami trend penurunan sebanyak dua hari berturut-turut.

Sungguhpun begitu, daerah-daerah yang berzon hijau kini telah berkurangan  daripada sebelumnya menandakan adanya jangkitan baru sebagai tanda  kebarangkalian berlakunya ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan.

“Keberkesanan penurunan kes dalam membendung penularan pendemik Covid-19  ini sangat bergantung kepada sejauh mana kesungguhan komuniti dalam  pematuhan SOP kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri,” tambah Masidi.

JKNS juga melaporkan, jumlah kapasiti katil 4,081 unit Iaitu hospital 649 unit, Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam 3,012 unit dan Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara 420 unit. Jumlah peratusan penggunaan katil ialah 42.49%.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *