HomeUtamaPenerima Vaksin Perlu Kemuka Bukti Penerimaan Bagi Melepasi Sjr

Penerima Vaksin Perlu Kemuka Bukti Penerimaan Bagi Melepasi Sjr

Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri meminta penerima vaksin yang perlu merentas daerah supaya menyediakan bukti temujanji penerimaan vaksin dari Pusat Penerimaan Vaksin (PPV).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia bagi memudahkan penerima vaksin melepasi Sekatan Jalan Raya (SJR).

“Bagi mereka (penerima vaksin) yang perlu merentas daerah bagi tujuan penerimaan vaksin, mereka perlu menyediakan bukti dari PPV agar dapat melepasi SJR di daerah masing-masing.

“Selain itu, bagi penjawat awam juga dinasihatkan agar menyediakan surat kebenaran majikan secara bercetak atau bersedia menyediakan paparan di telefon bimbit,”katanya dalam kenyataan disini, malam ini.

Masidi yang juga jurucakap rasmi Covid-19 Sabah berkata, penyediaan surat kebenaran majikan itu perlu disediakan lebih awal bagi melancarkan pergerakan ketika berada di SJR.

Dalam perkembangan lain, beberapa lokaliti di negeri ini dikenakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) antaranya di Kampung Sugud Penampang; Kampung Pengaraban Kudat dan empat lokaliti di Tawau.

Katanya, antara lokaliti yang terlibat di Tawau antaranya ialah Taman Millenium; Taman Wawasan; Kawasan Semarak dan Kampung Jawa Kongsi 10.

“Kesemua PKPD yang dinyatakan akan berkuatkuasa bermula 5 Jun ini sehingga 18 Jun depan selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

“Selain itu, sebanyak dua lokaliti yang sebelum ini dikenakan PKPD akan tamat pada 4 Jun seperti yang dijadualkan sebelum ini,”katanya.

Katanya, dua lokaliti yang ditamatkan PKPD bermula esok ialah Kampung Pisang Tawau dan Kampung Indani Semporna.

RELATED ARTICLES
Utama

102 KIR terjejas banjir di Penampang terima sumbangan Perdana Menteri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular