HomeIsu tempatanMAFI Melalui Fama Sabah Salur Sumbangan Kepada Tiga Ppl Bernilai Rm60,000

MAFI Melalui Fama Sabah Salur Sumbangan Kepada Tiga Ppl Bernilai Rm60,000

Read Time:1 Minute, 10 Second

5 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

BEAUFORT : Sebanyak tiga Pusat Pengumpulan Ladang (PPL) di negeri ini menerima sumbangan program MAFI Prihatin  dari Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) berbentuk geran bernilai RM60,000.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sabah Ribin Wahid berkata, dari jumlah itu sebanyak RM20,000 masing-masing diberikan kepada PPL sekitar Membakut, Beaufort dan Tenom yang terjejas akibat bencana banjir yang berlaku baru-baru ini.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sabah Ribin Wahid menyampaikan sumbangan geran kepada wakil penerima PPL Kampung Pimping Membakut

“Seperti yang kita sedia maklum, fenomena hujan berterusan dan bencana banjir yang berlaku di tiga kawasan PPL ini mengakibatkan banyak kerosakan harta benda dan juga tanaman para pengusaha pertanian.

“Justeru itu, MAFI menyalurkan sumbangan tersebut sebanyak RM20,000 melalui FAMA kepada tiga PPL terlibat di Beaufort; Membakut Dan Tenom,” katanya ketika ditemui disini kelmarin.

Hadir sama, Pegawai Khas Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Arwan Yakung; Wakil PPL Kampung Pimping Membakut Fadhilat Asmat; wakil PPL Kampung Takuli Beaufort Jupinah Embu dan wakil PPL Kampung Enubai Tenom Chong Ming Chu.

Ribin berkata, sumbangan geran itu juga akan memberi manfaat kepada lebih 30 orang ahli Ladang Kontrak dibawah PPL Kampung Takuli.

“Bagi pihak MAFI dan FAMA khususnya, kami berharap dengan sumbangan geran ini akan dapat membantu mereka membaik pulih semula kerosakan yang ada akibat bencana banjir termasuklah infrastuktur pemasaran selain menanam semula tanaman rosak,”katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

100 warga emas diraikan sempena Hari Natal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular