HomeIsu tempatanKesalahan Tidak Memakai Pelitup Muka Catat Kompaun Tertinggi Di Sabah

Kesalahan Tidak Memakai Pelitup Muka Catat Kompaun Tertinggi Di Sabah

Read Time:55 Second

4 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

KOTA KINABALU: Sebanyak 95 kompaun kerana kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan pihak berkuasa di Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu sebanyak 32 orang dikenakan kompaun atas kesalahan tidak memakai pelitup muka dengan betul.

“Seramai 28 orang pula dikenakan kompaun kerana gagal menyediakan peralatan dan merekod butiran pelanggan dan empat orang pula atas kesalahan rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran.

“Manakala seramai enam orang dikenakan kompaun selepas premis mereka beroperasi lebih masa tanpa kebenaran; keluar rumah tanpa alasan munasabah seramai tiga orang; aktiviti sukan seramai tujuh orang dan tiada penjarakan sosial seramai dua orang,”katanya.

Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Sabah berkata, kesalahan membawa penumpang berlebihan seramai 12 orang selain seorang kerana membuat aktiviti terlarang turut dikenakan kompaun.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 113 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksana melibatkan pemeriksaan 54,828 buah kenderaan.

“Daripada jumlah itu sebanyak 292 buah kenderaan diarah berpatah balik. Pada hari ini, polis turut melaksanakan 68 hebahan melalui kereta peronda dengan tiga tangkapan dibuat,”katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular