HomeIsu tempatanWanita Oku Mangsa Korban Covid-19 Di Sabah

Wanita Oku Mangsa Korban Covid-19 Di Sabah

Read Time:51 Second

Normimie Diun
[email protected]
4 Jun 2021

NABAWAN: Seorang wanita OKU, 56, yang juga merupakan kes indeks menjadi mangsa korban COVID-19 di Kampung Pulutan di sini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun, yang juga jurucakap COVID-19 negeri, mengesahkan dalam satu kenyataan media.

Katanya, “Kluster Pulutan Nabawan pada hari ini menokok empat kes baharu, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 11 kes”.

“Kluster ini mula dikesan pada 31 Mei 2021 melalui saringan BID di Hospital Keningau terhadap kluster indeks iaitu wanita OKU tersebut yang mempunyai simpton batuk serta demam dua hari sebelum kematiannya”.

Kes indeks juga telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Pulutan, Sepulut pada 3 Jun 2021.

Susulan kes itu, daripada 97 individu yang disaring, 10 individu disahkan positif COVID-19 manakala 86 kes lagi masih menunggu keputusan saringan pertama.

Semua kes positif telah dirujuk ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut dan pengasingan di PKRC Keningau.

Berdasarkan siasatan awal, kluster indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika menghadiri majlis penghormatan terakhir di Kampung Pulutan pada 30 hingga 31 Mei 2021.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

FSSK UMS jayakan seminar pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular