Pengurusan Rumah Ibadat Digesa Bantu Sebar Maklumat Pick Dan Sop

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:55 Second

4 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

KOTA KINABALU : Pihak pengurusan masjid dan surau serta rumah-rumah ibadat di Sabah digesa untuk menyebarluas maklumat berkaitan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia termasuklah memaklumkan Prosedur Standard Operasi (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) negeri Sabah kepada penduduk setempat.

“Kita meminta agar semua pengurusan rumah ibadat di negeri ini agar dapat membantu mewar-warkan maklumat berkaitan PICK dan SOP PKP melalui kemudahan alat pembesar suara di premis masing-masing.

“Langkah ini adalah bagi membantu kerajaan negeri dalam usaha menyebar luas maklumat tersebut kepada masyarakat khususnya penduduk di kawasan luar Bandar,”katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Dalam perkembangan lain, Masidi yang juga jurucakap rasmi Covid-19 Sabah berkata, kerajaan negeri memberi kebenaran kepada semua aktiviti derma darah yang dijalankan oleh Perkhidmatan Perubatan Transfusi Negeri Sabah bermula 3 Jun lalu.

Katanya, kebenaran ini termasuk aktiviti derma darah bergerak dan di lokasi pendermaan tetap sepanjang tempoh PKP.

“Ia termasuklah PKP Bersyarat, PKP Diperketatkan dan PKP Pemulihan di seluruh Sabah bagi menampung keperluang bekalan darah,”katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *