HomeIsu tempatanPengharaman Sementara Ke Atas Eksport Besi Buruk Dari Sabah

Pengharaman Sementara Ke Atas Eksport Besi Buruk Dari Sabah

Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU : Sabah melarang eksport besi buruk buat sementara waktu untuk memastikan bahan mentah yang mencukupi bagi mengekalkan operasi industri keluli tempatan di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, larangan itu akan ditamatkan setelah mekanisme untuk pengenaan Cukai Jualan Negeri sebanyak RM200 per metrik tan ke atas eksport besi buruk, dirumuskan.

Bagaimanapun, eksport logam sekerap seperti tembaga, aluminium, logam berharga seperti platinum, emas, titanium dan keluli tahan karat dikecualikan daripada larangan itu.

Dalam satu kenyataan di sini, Hajiji berkata Kabinet negeri mengambil keputusan itu kerana terdapat kekurangan bahan mentah untuk pengeluaran bilet dan rebar di Sabah.

Katanya, dengan lebih banyak bahan mentah yang tersedia, ia akan melihat pengeluaran bilet dan rebar yang lebih besar, seterusnya menstabilkan harga rebar, yang pada masa ini begitu tinggi menjadikan kos pembinaan di Sabah, mahal.

Industri keluli memberi sumbangan besar kepada ekonomi Sabah dan pada masa ini menyediakan 500 pekerjaan dengan gaji bulanan purata RM2,000 setiap pekerja.

Oleh itu jika industri keluli kita berhenti beroperasi, kadar pengangguran negeri akan meningkat dan ini akan memberi kesan yang sangat negatif kepada ekonomi kita terutama pada masa berlakunya pandemik COVID-19 ini,” katanya.

Katanya, bekalan bahan mentah yang mencukupi akan mendorong pengembangan pelaburan, yang akan menyaksikan peningkatan kapasiti pengeluaran dari 8,000 tan menjadi 18,000 tan sebulan.

Ini juga akan membolehkan loji bilet sedia ada, memperluaskan operasi kepada mengeluarkan wire rod’ yang memerlukan pelaburan keseluruhan lebih kurang RM40 juta.

Pengusaha kilang bilet tempatan juga merancang untuk melabur semula dengan membina satu lagi kilang di Pantai Timur yang akan menelan belanja kira-kira RM20 juta.

“Aktiviti pelaburan tambahan bernilai RM60 juta ini akan memberi lebih banyak peluang pekerjaan kepada kira-kira 400 orang di Sabah,” katanya.

Oleh kerana sumber ini tidak dapat ditingkatkan dengan drastik kerana Sabah tidak mempunyai lombong besi, maka adalah amat kritikal untuk sebahagian daripada sumber ini dikekalkan di Sabah untuk menjadi nilai tambah.

“Larangan sementara itu juga sejajar dengan dasar industri Sabah di bawah Halatuju Sabah Maju Jaya untuk merangsang aktiviti pemprosesan hiliran nilai tambah tinggi.

Lebih penting lagi, untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk orang kita,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Angin kencang landa Semporna, 35 rumah dan 20 kenderaan terjejas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular