HomeEkonomiPBS Sokong Keputusan Kerajaan Negeri Rombak Jawatankuasa Pemantauan Dasar dan Tadbir Urus...

PBS Sokong Keputusan Kerajaan Negeri Rombak Jawatankuasa Pemantauan Dasar dan Tadbir Urus Korporat

Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) mengalu-alukan dan menyokong keputusan Kerajaan Negeri merombak Jawatankuasa Pemantauan Dasar dan Tadbir Urus Korporat seperti yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri pada Ahad.

Ketua Penerangan PBS Datuk Julita Majungki berkata, usaha untuk mengukuh dan meningkatkan bidang pengurusan korporat semua Badan Berkanun Negeri (BBN) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) ini merupakan inisiatif terbaharu yang dibawa oleh Kerajaan Negeri.

“Langkah ini menunjukkan kesungguhan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor untuk memperkasa amalan tadbir urus yang baik dalam BBN dan GLC Kerajaan Negeri,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Jelasnya, terdapat lebih 60 BBN dan lebih 30 GLC tidak termasuk subsidiari.

“Kita berharap melalui rombakan ini Kerajaan Negeri akan dapat mengekang ketirisan dalam pengurusan dana, memberi nafas baharu kepada usaha meningkatkan integriti di kalangan penjawat atau pengurusan tertinggi serta mengoptimakan prestasi BBN dan GLC di negeri Sabah,” katanya.

Selain itu katanya, rombakan jawatankuasa tersebut akan membantu Kerajaan untuk mewujudkan BBN dan GLC yang mempunyai pengurusan korporat yang kukuh, operasi yang berkesan, prestasi kewangan yang mampan serta pengarah-pengarah ya ng berkaliber.

“Ini penting untuk menjaga kepentingan semua pihak yang terlibat dan khususnya juga mencapai matlamat kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat selaras dengan visi Sabah Maju Jaya,” kata Julita yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong.

Semasa mengumumkan rombakan tersebut pada Ahad, Hajiji berkata polisi peningkatan ini termasuklah menguatkuasakan terhadap semua ketidakpatuhan terhadap arahan-arahan kerajaan.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan berkata, jawatankuasa akan dikawal selia oleh Kementerian Kewangan yang mana termasuk semua aspek pengurusan korporat terhadap kemungkinan salah laku termasuklah kelulusan meragukan suatu jawatan atau penubuhan anak syarikat baru d dalam BBN dan GLC, pemantauan dan sebarang sekatan gaji serta elaun kepada semua pengurusan penting BBN dan GLC.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular