HomeUtamaHajiji Luangkan Masa Bersama Pelajar Cemerlang SPM Sabah

Hajiji Luangkan Masa Bersama Pelajar Cemerlang SPM Sabah

Read Time:2 Minute, 39 Second

Ketua Menteri Sabah  Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah berkesempatan untuk beramah mesra secara maya bersama 241 orang anak Sabah yang cemerlang dan memperolehi gred A dalam semua mata pelajaran SPM 2020 sempena Majlis Taklimat Biasiswa Tajaan PETRONAS pagi ini.

Menerusi satu hantaran di Laman facebook rasminya, Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua 33,454 pelajar Sabah yang menduduki peperiksaan SPM 2020 kerana mampu mencapai keputusan yang terbaik walaupun terpaksa berdepan dengan cabaran getir disebabkan penularan COVID-19 sepanjang tahun 2020.

Di dalam pertemuan itu juga, Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan Negeri amat prihatin terhadap keperluan para pelajar di Sabah. Pelbagai inisiatif disediakan kerajaan Negeri bagi memastikan para pelajar berkeperluan dapat dibantu dan diberikan perhatian. Antaranya penubuhan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Sabah untuk membolehkan lebih ramai anak-anak Sabah berpeluang untuk meneruskan pengajian ke Institusi apengajian Tinggi (IPT) di dalam atau luar negara.

Katanya Negeri juga menyediakan bantuan secara One-Off kepada para pelajar yang berkelayakan yang bakal melanjutkan pengajian kali pertama di peringkat Ijazah Sarjana Muda menerusi Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) sebanyak RM2,000 setiap seorang. Bagi membantu para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM, STPM dan STAM 2021 pula, kerajaan akan menyalurkan bantuan melalui Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) sebanyak RM200 seorang.

“ Mulai Julai 2021, Kerajaan Negeri Sabah juga akan membekalkan laptop kepada pelajar yang layak di bawah program Bantuan Ihsan Komputer (BAIK). Sebanyak 10,000 buah laptop akan dibekalkan kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM, STPM dan STAM 2021”

Di dalam sesi itu juga beliau turut mengucapkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, PETRONAS, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan Yayasan Sabah atas inisiatif melaksanakan program seumpama ini di mana beliau dapat berinteraksi bersama pelajar cemerlang SPM 2020 itu.

“ Tidak lupa ucapan jutaan terima kasih didedikasikan kepada para guru dan ibubapa yang terus cekal membantu anak-anak mencapai kecemerlangan”

“ Biarpun terpaksa berdepan dengan norma baharu dalam suasana pembelajaran (PdPR), para guru tidak patah semangat malah menjadi lebih kreatif dengan mempelbagaikan kaedah pembelajaran (PdPR) bagi memastikan tidak ada seorangpun pelajar tercicir daripada menerima ilmu sepanjang sesi PdPR berlangsung.”

Terakhir sekali YAB Ketua Menteri mendoakan kepada pelajar semoga terus berjaya dan akan menjadi anak bangsa yang berguna negara, bangsa dan agama.

Turut hadir bersama dalam interaksi secara maya tersebut ialah YB Datuk Hj. Mohd Arifin Hj. Mohd Arif, Menteri Tugas-Tugas Khas dan YB Datuk Hj. Ghulamhaidar Khan Bahadar, Pengarah Yayasan Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya