HomeUtamaSambut Baik Sidang DUN Sabah Diadakan - Raime

Sambut Baik Sidang DUN Sabah Diadakan – Raime

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Datuk Raime Unggi menyambut baik keputusan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang menyatakan bahawa kerajaan Sabah bersedia mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Raime berkata, persidangan DUN Sabah wajar dilaksanakan selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan pandangan agar sidang Parlimen diadakan secepat mungkin.

“Walaubagaimanapun persidangan DUN Sabah haruslah dilaksanakan apabila keadaan mengizinkan dan mendapat nasihat atau pandangan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu.

“Selain itu, saya turut menyambut baik pandangan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin yang turut bersetuju agar persidangan DUN dibuka,”katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Raime yang juga Ketua Penerangan UMNO Sabah berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah perlu membincangkan dan mengutarakan pandangan dalam mendepani cabaran COVID-19 selain isu rakyat yang banyak terjejas akibat COVID-19.

“Walaubagaimanapun, saya tidak bersetuju sekiranya Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sabah diadakan terutama di Parlimen Batu Sapi dan DUN Bugaya dilaksanakan dalam masa sekarang.

“Jika ingin dilaksanakan, kita perlu menunggu sehingga kes COVID-19 menurun atau benar-benar selesai.  Kita perlu mengambil pengajaran melalui Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh, suspek berjaya ditahan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular