HomeUtamaCOVID-19 : Sabah Terus Catat Kes Sembuh Lebih Tinggi Banding Kes Baharu

COVID-19 : Sabah Terus Catat Kes Sembuh Lebih Tinggi Banding Kes Baharu

Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU : Sabah terus mencatatkan kes pulih sepenuhnya lebih tinggi berbanding kes baharu COVID-19 dalam tempoh lima hari berturut-turut.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah pesakit yang sembuh hari ini adalah sebanyak 253 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih di negeri ini sebanyak 64,354 kes.

“Pada hari ini kes COVID-19 mencatatkan penurunan sebanyak 49 kes iaitu 248 kes semalam menurun kepada 199 kes hari ini.

“Daripada 199 kes jangkitan baharu hari ini, 91 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 61 kes adalah daripada saringan kluster, 27 kes adalah daripada saringan bergejala, lima kes daripada saringan bersasar dan 15 kes adalah daripada lain-lain kes,”katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masidi berkata, sebanyak 12 daerah di Sabah mencatatkan penurunan kes dimana tujuh daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu angka, manakala lima daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua angka.

Katanya daerah terlibat ialah Papar (-36), Kota Belud (-20), Tuaran (-14), Sandakan (-11) dan jumlah kes positif Covid-19 di Kota Kinabalu hari ini adalah 36 kes (-24) dengan lima kes daripada Kluster Ocean Blue (kumulatif kes setakat ini sebanyak 186).

“Walau bagaimanapun, 10 daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan tujuh daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu angka, manakala tiga lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua angka iaitu Kinabatangan 25 kes (+25), Putatan 16 kes (+13) dan Nabawan 15 kes (+10).

“Daerah Beaufort kekal catatan kes baharu sebagaimana hari kelmarin iaitu dengan sembilan kes. Pada hari ini, lapan daerah mencatatkan sifar kes iaitu Beluran, Kalabakan, Pitas, Kota Belud, Ranau,Tuaran, Kuala Penyu dan Tenom,”katanya.

Katanya, ringkasan data pada hari ini ialah 12 daerah mencatatkan penurunan, 10 daerah mencatatkan peningkatan, satu daerah mencatatkan pengekalan kes seperti semalam, lapan daerah mencatatkan sifar kes dan satu daerah kekal sebagai Zon Hijau hingga kini.

“Kesimpulan terbaik yang boleh dibuat hasil daripada perubahan angka yang tidak statik selain daripada catatan 91 kes hasil Saringan Kontak Rapat ialah, masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Program ‘Education For Us’ mampu perkasa peranan PIBG

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya