HomeUtamaPKPD: 6 Tamat, 2 dilanjutkan, 2 Baharu

PKPD: 6 Tamat, 2 dilanjutkan, 2 Baharu

Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Dua kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ditamatkan hari ini 18 Jun 2021 iaitu Taman Wawasan, Tawau dan Taman Pelangi, Semporna pada 18 Jun 2021 (11.59 malam), lebih awal daripada yang dijadualkan selaras dengan Keputusan Kerajaan Persekutuan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata dalam kenyataan media, empat lagi kawasan PKPD ditamatkan esok 19 Jun 2021 iaitu dua lokaliti di Papar Kampung Tengah Kinarut dan Kampun Benoni, Taman Wangsa, Jalan Telipok, Kota Kinabalu dan Jalan Budi Sri Tanjung, Tawau.

“Penamatan PKPD di kawasan-kawasan terbabit berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan,” kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi Covid-19 Sabah.

“Dua kawasan PKPD akan dilaksana iaitu Grace Villa Condo, Sembulan, Kota Kinabalu dan PPRT Kampung Pasir Putih, Putatan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Grace Villa Condo, Sembulan, Kota Kinabalu dan PPRT Kampung Pasir Putih, Putatan berkuat kuasa 20 Jun sehingga 03 Julai 2021 selaras dengan keputusan kerajaan Persekutuan.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memastikan penduduk berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan,” jelas Masidi.

Manakala dua kawasan dilanjutkan pelaksanaan PKPD iaitu Kampung Gusi, Kinarut dan Kampung Perpaduan Pulau Banggi, Kudat.

KKM mendapati penularan masih berlaku, terdapat juga kes baharu direkodkan dalam
kalangan komuniti di dua kawasan Kampung Gusi, Kinarut dan Kampung Perpaduan Pulau Banggi, Kudat dan masih banyak sampel ujian saringan belum mendapat keputusan.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melanjutkan PKPD di Kampung Gusi Kinarut, Papar bermula 20 Jun sehingga 03 Julai 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya