HomeUtamaSuntik Dahulu, Daftar Kemudian Bantu Penduduk Pedalaman Terima Vaksin COVID-19

Suntik Dahulu, Daftar Kemudian Bantu Penduduk Pedalaman Terima Vaksin COVID-19

Read Time:1 Minute, 39 Second

KUNAK : Kaedah suntikan vaksin COVID-19 secara walk-in atau ‘suntik dahulu, daftar kemudian’ berjaya membantu 5,670 penduduk di mukim Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di sini mendapatkan dos masing-masing hari ini.

Memetik laporan Getaran Pegawai Kesihatan Daerah Kunak, Dr Izaidi Salman Yazid berkata, pihaknya menyedari kewujudan beberapa masalah utama yang menghalang penduduk mendaftar secara dalam talian.

Menurut beliau, ketiadaan liputan internet dan dan kemudahan gajet adalah antara kekangan yang sering berlaku, sekali gus mendorong jentera kesihatan di situ merangka satu kaedah lain yang lebih efektif.

“Kaedah walk-in teryata amat berkesan dalam membantu penduduk menerima vaksin, sebelum proses pendaftaran secara rasmi dilakukan menggunakan aplikasi My Sejahtera.

“Daripada hampir 6,000 penerima vaksin, dianggarkan 80 peratus daripadanya menggunakan kaedah walk-in manakala selebihnya berdaftar menerusi MySejahtera,” katanya kepada portal Getaran.

Dr Izaini menarik perhatian, beliau optimis sasaran 6,000 penduduk iaitu kira-kira separuh dari populasi di kawasan berkenaan akan berjaya dicapai dalam masa terdekat.

“Sebagai rekod, sebanyak 17 buah kampung membabitkan 12,142 penduduk berada di kawasan PKPD, termasuk beberapa perumahan kakitangan kerajaan dan rumah kedai.

“Dengan jumlah penerima yang dicatatkan setakat ini, saya yakin sasaran 6,000 itu mampu dicapai pada kadar segera,” katanya.

Ketika ditanya mengapa memilih kawasan PKPD sebagai lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV), beliau menggariskan beberapa faktor, antaranya keluasan kawasan yang lebih besar dan kepadatan penduduk.

“Di sini juga terdapat kemudahan seperti dewan yang membolehkan proses pemberian vaksin dilakukan tanpa memerlukan penduduk keluar dari zon PKPD,” katanya.

Dr Izaidi memberitahu, penubuhan Agen Kesihatan Komuniti (AKK) yang dicadangkan di peringkat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Kunak sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 turut menyumbang kepada peningkatan jumlah penerima vaksin di daerah tersebut.

Terdiri daripada pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk pemimpin masyarat di peringkat kampung, AKK ini bertindak menjadi penghubung antara pihak berkuasa dengan penduduk.

“Ia juga menjadi agen untuk menyakinkan penduduk mengenai pengambilan vaksinasi, termasuk bilangan individu yang mahu mendaftar, sekali gus memudahkan pengumpulan data lebih tepat di peringkat PKOB,” katanya

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki hilang, disyaki dibaham buaya selepas bot karam di Sg Kg...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular