HomeIsu tempatanSasar 111 Penerima, Yang Hadir 174 Penduduk Terima Vaksin COVID-19 - Jafry

Sasar 111 Penerima, Yang Hadir 174 Penduduk Terima Vaksin COVID-19 – Jafry

Read Time:56 Second

KINABATANGAN : Seramai 174 orang dari beberapa buah kampung di Mukim Batu Puteh disini hadir menerima vaksin dibawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau Datuk Jafry Ariffin berkata, penerima vaksin itu terdiri daripada warga emas dan golongan yang berisiko tinggi.

“Saya telah berkesempatan turun ke Kampung Mengaris disini untuk melihat sendiri perjalanan Program Outreach Vaksinasi COVID-19  Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-10 (CITF) Daerah Kinabatangan.

“Difahamkan seramai 111 orang yang berdaftar daripada beberapa buah kampung di Mukim Batu Puteh menyertai program ini, namun kehadiran melebihi dari sasaran iaitu seramai 174 orang yang hadir,”katanya.

Jafry yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata, kehadiran itu menunjukkan penduduk setempat telah peka terhadap keperluan menerima vaksin.

“Keadaan ini merupakan satu perkembangan yang baik kerana ramai yang sudah sedar keperluan untuk mengambil suntikan vaksin.

“Saya merakamkan penghargaan kepada kesungguhan semua pihak khususnya anggota Pejabat Kesihatan Daerah (PKD); kakitangan Pejabat Daerah Kinabatangan dan semua yang terlibat dalam menjayakan program vaksinasi ini,”katanya.

Terdahulu, program itu adalah anjuran bersama PKD Kinabatangan dan Pejabat Daerah Kinabatangan yang diadakan di Dewan Terbuka, KOPEL Berhad.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya