HomeUtama456,708 Individu Di Sabah Sudah Menerima Suntikan Vaksin Covid-19

456,708 Individu Di Sabah Sudah Menerima Suntikan Vaksin Covid-19

Read Time:59 Second

Seramai 1,612,974 individu di negara ini telah lengkap dua dos vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Berdasarkan perkongsian data di akaun Twitternya, seramai 4,202,601 individu atau 12.9 peratus populasi di negara ini telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini adalah sebanyak 5,815,575 dos.

Lima negeri yang mencatat penerima kedua-dua dos paling tinggi ialah Selangor dengan 208,031, Sarawak (186,008), Johor (167,469), Perak (150,000) dan Kuala Lumpur (141,094).

Dr Adham berkata, jumlah pemberian vaksin harian di negara ini pada Ahad ialah 140,573 dos, melibatkan 116,514 penerima dos pertama dan 24,059 dos kedua.

Manakala di Negeri Sabah pula sejumlah 323,350 individu telah menarima suntikan 1 dos manakala 133,208 individu pula sudah melengkapkan suntikan dua dos mereka dan menjadikan 456,708 individu di Sabah sudah menerima suntikan vaksin covid-19

Sementara itu, berdasarkan laporan harian jumlah pendaftaran kumulatif vaksin dalam laman sesawang www.vaksincovid.gov.my sebanyak 15,426,982 pendaftaran direkodkan setakat semalam. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular