HomeIsu tempatanSTU Sokong Pengambilan Khas Guru Secara One-Off

STU Sokong Pengambilan Khas Guru Secara One-Off

Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: Presiden kesatuan Sabah Teachers’ Union (STU),Said Saidi menyatakan bahawa kesatuan menyokong penuh inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui sidang media Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin berkaitan dengan Pengambilan Khas Guru Secara One-Off bagi menampung kekurangan guru yang telah lama berlarutan terutama di negeri Sabah, Sarawak, Johor & Selangor.

“Kekurangan tersebut juga merujuk kepada keperluan guru mengikut opsyen yang kebanyakan guru yang mengajar di sekolah sekarang didapati mengajar tidak mengikut opsyen mereka semasa mengikuti kursus di institusi perguruan dulu.

“Walaubagaimanapun, kesatuan berharap agar pra-syarat pengambilan khas guru secara One-Off tersebut diberikan keutamaan kepada calon lokaliti / anak jati setempat bagi mengisi tawaran pengambilan guru tersebut,” kata Said.

Hal yang demikian adalah untuk mengelakkan berlaku perpindahan guru dan menyebabkan sekolah akan kehilangan guru yang berpengalaman dan mengikut opsyen seperti yang telah diikuti semasa di institusi pengajian guru dahulu.

Selain daripada itu, kesatuan juga amat mengharapkan agar pihak kementerian juga memberikan perhatian kepada capaian internet di kawasan luar bandar yang masih lagi bermasalah dan memberi kesukaran kepada guru dan murid di luar bandar untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Seterusnya kesatuan juga mengharapkan agar lebih banyak kursus peningkatan kemahiran dalam Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dan pendigitalan Pendidikan dapat diperluaskan di kalangan guru untuk memperkasakan penyampaian pengajaran PdPR agar lebih berkesan dan dapat menarik minat murid-murid mengikuti PdPR secara online mahupun offline.

“Pihak kesatuan juga menyokong penuh saranan Pengarah Eksekutif Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Henrita Fore baru-baru ini yang mengesyorkan agar guru diutamakan untuk memperolehi vaksin Covid-19, selepas petugas barisan hadapan.

“Keutamaan pemberian vaksin tersebut akan dapat meningkatkan tahap keyakinan guru-guru dalam meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka di sekolah apabila dibuka kelak demi meningkatkan lagi system Pendidikan di Malaysia,”tambahnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya