HomeLuar negaraHeboh Matahari Terbit Dari Utara, Agensi Indonesia Nafi Ada Kaitan Dengan Kiamat

Heboh Matahari Terbit Dari Utara, Agensi Indonesia Nafi Ada Kaitan Dengan Kiamat

Read Time:1 Minute, 37 Second

Jakarta — Pengguna media sosial Indonesia semalam digemparkan dengan muat naik sebuah video seorang warganet yang mendakwa matahari terbit dari utara.

Memetik laporan Kompas.com, video matahari terbit itu diambil dari daerah Jeneponto, Sulawesi Selatan. 

Video itu dimuatnaik pemilik akaun Facebook bernama Oan Guptan yang menulis:”Matahari terbit dari sebelah utara?”

Dalam video itu, seorang lelaki berkata, matahari berada di kedudukan utara pada pukul 8 pagi waktu tempatan.

“Saya katakan aneh kerana sebelum ini saya belum pernah melihatnya, di mana yang jadi kebiasaan matahari pagi terbit di sebelah timur.

“Tetapi sekarang baru menjelang pukul 8 pagi dan matahari sudah berada di posisi utara. Tidak biasanya seperti itu,” kata lelaki dalam video itu.

Tambahnya, fenomena ini menjadi isyarat bahawa pada suatu hari nanti matahari akan terbit di sebelah barat, seperti tanda hari kiamat.

Sementara itu, mengulas dakwaan warganet itu, Ketua Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (Lapan), Thomas Djamaluddin menegaskan bahawa, fenomena itu tidak ada kaitan dengan tanda kiamat.

“Tidak ada hubungannya dengan kiamat. Itu adalah hal yang wajar,” kata Thomaslapor portal kompas.com

Menurutnya, fenomena itu berlaku kerana pergerakan kedudukan matahari akibat kecondongan paksi putaran Bumi.

Jelasnya lagi, kedudukan matahari pada Jun berada di sebelah utara. 

“Hal ini mengakibatkan matahari terbit bukan di timur, melainkan bergeser mendekati timur laut.

“Kerana itu, kedudukan matahari ketika terbenam pun tidak berada tepat di titik barat.

“Pada tengah hari, matahari akan berada di arah utara. Nanti saat terbenam bukan pada titik barat, tetapi mendekati barat laut,” jelasnya.

Mengulas lanjut Thomas memberitahu, titik terbit matahari tepat di timur dan terbenam tepat di barat terjadi pada Mac dan September.

Sementara titik terbit matahari ujarnya akan bergeser dekat titik tenggara pada Disember setiap tahun.

“Pada Disember, titik terbit dekat titik tenggara, tengah hari matahari pada arah selatan, dan terbenam dekat titik barat daya,” ujarnya.

Thomas menjelaskan, matahari hanya akan terbit di titik barat apabila paksi putaran Bumi terbalik kerana perlanggaran besar.

“Itu ertinya kehancuran Bumi dan kehidupan di Bumi,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Luar negaraSukan

Klopp Berang Dengan Wartawan ?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya