HomeUtamaKerajaan Sabah Puji ATM Laksana PJM ACMVP Dikawasan Pedalaman Bantu Proses Vaksinasi

Kerajaan Sabah Puji ATM Laksana PJM ACMVP Dikawasan Pedalaman Bantu Proses Vaksinasi

Read Time:1 Minute, 9 Second

SIPITANG : Kerajaan negeri memuji usaha Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan Program Jiwa Murni (PJM) Army Combat Medic Vaccination Programme (ACMVP) di Long Pasia disini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, seramai 500 penduduk kampung disini akan menerima vaksin menerusi program berkenaan yang diadakan selama dua hari bermula hari ini.

“Ini adalah program pertama ATM di Sabah yang diadakan bersama dengan program bergerak kerajaan (mobile outreach), Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 (CITF) dan sukarelawan belia dikampung ini.

“Kerajaan negeri berharap lebih banyak usaha seperti ini dapat dilaksanakan di daerah lain bagi mempercepatkan lagi proses vaksinasi di Sabah,” katanya dalam kenyataan selepas mengadakan lawatan ke Long Pasia disini hari ini.

Hajiji berkata, kerajaan turut berharap dapat melihat sasaran 30,000 orang akan diberi vaksin setiap hari bermula Julai depan apabila lebih banyak vaksin sudah tersedia.

Hadir sama, Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Shahelmey Yahya; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong; Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Dr Zulkapli Mohammad dan Panglima Divisyen Kelima Infantri, Mej Jen Datuk Mohd Halim Khalid

Program sama akan turut dilaksanakan di Tongod; Nabawan dan Semporna bermula Julai hingga September tahun ini.

Terdahulu, dalam taklimat pembangunan oleh Pegawai Daerah Sipitang, Ag Raimy Pg Abdul Rahman, Ketua Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM570,000 untuk dua jambatan gantung, gereja, pos tentera dan menaiktaraf sekolah.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular