HomeUtamaSabah Tingkatkan Usaha Cegah Rabies

Sabah Tingkatkan Usaha Cegah Rabies

Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah meningkatkan tahap siapsiaga dalam mengekang wabak rabies daripada memasuki wilayah ini, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

Ini merupakan respon setelah Jawatankuasa Penanggulangan Bencana Sarawak mengisytiharkan Lawas sebagai daerah yang terjangkit penyakit rabies pada 10 Jun susulan penemuan virus tersebut dikalangan anjing tidak bertuan di Bazaar Lawas.

Bazaar tersebut hanya berjarak kira-kira 11 kilometer dari Pos Kawalan Imigresen-Kuarantin-Keselamatan (IQS) Merapok-Sindumin.

Jeffrey memaklumkan bahawa Sabah telah membuat persediaan susulan pengisytiharan penyakit Rabies yang pertama dibuat di Serian, Sarawak, pada 1 Julai 2017.

“Ini termasuklah latihan simulasi, kempen kesedaran dan vaksinasi anjing, kucing dan haiwan pembawa rabies (HPR) lain di semua pintu masuk ke Sabah.

“Sejak wabak rabies di Sarawak, Sabah juga melarang import kucing dan anjing, dan larangan itu masih berkuatkuasa.

“Pada tahun 2020, 80 peratus HPR yang mempunyai pemilik di sempadan wilayah Sabah telah berjaya divaksinasi, jauh melebihi tahap 70 peratus yang disasarkan. Selain itu, di luar kawasan sempadan, vaksin rabies ini juga boleh didapati di kllinik-klinik veterinar swasta, ”katanya.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) memberikan vaksin secara percuma kepada semua pemilik anjing dan kucing di Sipitang melalui pejabatnya di daerah tersebut.

Tujuannya adalah untuk meningkatkan imuniti haiwan tersebut, kerana rabies dapat dicegah melalui vaksinasi yang teratur.

Peningkatan imunisasi pada haiwan peliharaan juga akan turut mencegah jangkitan di kalangan manusia.

Jeffrey, yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah berkata, inisiatif vaksinasi percuma akan diperluas ke daerah berdekatan seperti Tenom dan Beaufort.

“Kempen kesedaran akan dipertingkatkan, terutama kepada penduduk di sempadan negeri dan negara bagi memastikan masyarakat sedar akan bahaya penyakit ini dan memainkan peranan aktif dalam mencegahnya memasuki Sabah.

“Kempen kesedaran akan berjalan serentak dengan program Covid-19 Outreach di semua daerah yang disasarkan, dengan kerjasama daripada agensi lain seperti pejabat daerah, pejabat penerangan daerah dan pejabat kesihatan kawasan,”katanya.

Walau bagaimanapun, kempen kawalan populasi HPR terbiar yang bertujuan mencapai status ‘Zero Strays’ akan dilaksanakan, dengan fokus pada daerah yang bersempadan.

Ini bagi memastikan masyarakat tidak terdedah kepada ancaman gigitan yang boleh membawa penyakit rabies sekiranya HPR terbiar tersebut telah dijangkiti oleh anjing berpenyakit dari Sarawak.

Disamping itu, persampelan untuk pengesanan virus pada HPR liar akan dipertingkatkan bagi memastikan tindakan pencegahan dapat diambil dengan berkesan.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya