Lebih 7 juta penduduk Malaysia Sudah Divaksin

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 6 Second

Putrajaya : Sejak pelaksanaannya hingga semalam, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan menyaksikan 7,039,072 dos vaksin telah diberikan kepada penduduk di negara ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata, jumlah itu merangkumi 5,072,714 penerima dos pertama dan 1,966,358 individu menerima suntikan dos kedua vaksin.

“Sebanyak 215,968 suntikan vaksin Covid-19 diberikan semalam,” katanya dalam hantaran Twitter beliau pada Sabtu.

Dr Adham berkata, daripada jumlah suntikan vaksin yang diberikan pada Jumaat, 148, 380 merupakan dos pertama manakala 67,588 adalah suntikan dos kedua pelengkap vaksinasi.

Beliau berkata, lima negeri yang mencatatkan penerimaan dua dos vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 262,635, diikuti Sarawak (202,741), Johor (201,340), Perak (181,545) dan Kuala Lumpur (170,594).

Dalam pada itu Negeri Sabah menyaksikan seramai 363,682 individu sudah menerima dos pertama manakala 158,108 individu lagi sudahpun melengkapkan dos kedua Vaksin Covid-19.

Orang ramai digalakkan untuk terus mendaftarkan diri mereka di dalam program Imunisasi Covid-19 kebangsaan melalui platform-platform yang disediakan serta mematuhi arahan, SOP serta perintah-perintah yang dikeluarkan dari masa ke semasa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *