HomeIsu tempatanPembantu Menteri KBS Terima Kunjungan Hormat Pengarah Sabah FC

Pembantu Menteri KBS Terima Kunjungan Hormat Pengarah Sabah FC

Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri, Andy Muhammad Surady Bandy menerima kunjungan hormat Pengarah Sabah FC yang baharu, Datuk Dr. Jelani Hamdan di pejabatnya, kelmarin (25 Jun).

Turut bersama Jelani yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) dalam kunjungan itu ialah Penolong Setiausaha Agung SAFA, Azman Mastar dan Setiausaha Eksekutif SAFA, David Wisom.

Menurut Andy, perbincangan mereka menjurus kepada soal pelan dan tindakan berhubung perancangan pembangunan bolasepak negeri, tapak tanah SAFA dan usahasama mengenai cadangan pengendalian Stadium Likas.

“Ia bertujuan untuk memantapkan lagi kewangan dan pentadbiran jangka masa panjang badan bolasepak itu,”katanya.

Pembantu Menteri itu memberitahu, turut dibincangkan ialah Akademi bolasepak SAFA yang mendapat tajaan Petronas melalui Kementerian Belia dan Sukan.

Selain itu, kata Andy, pihaknya juga tertarik dengan prestasi yang ditunjukkan Sabah FC dalam saingan Liga Super yang memberangsangkan.

“Pencapaian kelab itu dalam carta Liga Super 2021 agak baik kerana berjaya melonjak ke kedudukan tangga ketujuh selepas mengharungi 13 perlawanan,” ujar beliau.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular