HomeUtamaSasar ATM Capai Imuniti Kelompok Lebih Awal

Sasar ATM Capai Imuniti Kelompok Lebih Awal

Read Time:58 Second

PAPAR: Kerajaan akan pastikan semua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diberikan suntikan vaksin bagi memastikan pasukan itu mencapai imuniti kelompok lebih awal, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Bayangkan kalau seluruh kem tentera dijangkiti COVID-19, kita tidak boleh gerakkan anggota kita sekiranya berlaku apa-apa.

“Jadi amat penting kita vaksin semua anggota kita sebagai persediaan dalam mempertahankan negara,” katanya yang juga Menteri Pertahanan selepas tinjauan Program Vaksinasi Pandu Lalu Tentera Darat di Kem Lok Kawi, hari ini.

Katanya, pemberian suntikan vaksin secara pandu lalu di kem itu bukan hanya meliputi anggota tentera, malah juga ahli keluarga anggota tentera, kakitangan awam Kementerian Pertahanan, Askar Wataniah dan juga veteran ATM.

Program vaksinasi secara pandu lalu itu berkemungkinan dibuat di kem tentera daerah lain seperti Tawau, Lahad Datu dan Sandakan jika terdapat keperluan berbuat demikian.

Ismail Sabri berkata, setakat ini 95 peratus anggota ATM di Sabah sudah menerima suntikan vaksin. Jumlah berkenaan adalah membabitkan anggota ATM yang telah menerima dos pertama dan lengkap dua dos vaksin.

“Lima peratus lagi sedang menunggu vaksin. Jika bekalan vaksin tiba nanti, kita menjangka dapat menyuntik seramai 99 peratus seluruh anggota tentera di Sabah,” katanya. – Berita Harian

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular