HomeIsu tempatanUMS 4WDVC Salur Bantuan kepada Staf Hospital Labuan

UMS 4WDVC Salur Bantuan kepada Staf Hospital Labuan

Read Time:1 Minute, 46 Second

KOTA KINABALU: Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda Universiti Malaysia Sabah (UMS 4WDVC) hari ini menyalurkan bekalan makanan dan keperluan kepada staf Hospital Labuan yang sedang bertugas mengawal pandemik Covid-19 yang membimbangkan di wilayah tersebut.

Bantuan tersebut dihantar menggunakan tujuh kenderaan pacuan empat roda melibatkan 14 ahli UMS 4WDVC ke jeti feri di Menumbok.

Acara pelepasan misi bantuan tersebut disempurnakan oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin di perkarangan tempat letak kereta Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), pagi tadi. (26 Jun)

Taufiq pada acara tersebut memuji usaha bersama Kelab 4WDVC dengan FPSK dan Hospital UMS atas inisiatif dalam meringankan beban golongan yang memerlukan.

“Selain membawa nama baik universiti, usaha ini sememangnya mampu membantu mereka yang benar-benar terkesan dan berada dalam kesusahan.

“Semoga misi ini akan berjalan dengan baik sekali gus dapat membantu melancarkan lagi usaha kakitangan di Hospital Labuan khususnya yang sedang bertungkus-lumus memerangi pandemik Covid-19 di sana,”katanya.

Terdahulu, Presiden UMS 4WDVC, Profesor Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin berkata, situasi Covid-19 di Labuan yang agak meruncing pada ketika ini mencetuskan idea ahli kelab untuk mengumpul barang makanan dan peralatan yang sesuai untuk disumbangkan kepada staf Hospital Labuan yang bertugas.

Bantuan ini bagi menghargai penat-lelah mereka dalam melaksanakan tugas murni mereka dan berharap dengan sumbangan ini dapat meningkatkan moral staf di sana satu pernyataan kuat yang mereka sentiasa di hati kami dan kami sentiasa mendoakan keselamatan mereka.

Bantuan akan dihantar menggunakan feri Menumbok-Labuan, dan setibanya di Labuan, barangan bantuan tersebut akan diterima oleh wakil UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) dan terus dihantar ke Hospital Labuan, katanya.

Tambah beliau, secara tersirat, bantuan ini memberikan pernyataan kuat yang staf Hospital Labuan sentiasa di hati dan mendoakan keselamatan dan kesihatan mereka.

Antara bantuan yang disumbangkan ialah campbed, khemah mudah alih, kerusi, bantal, meja lipat, makanan dan minuman ringan.

D Kamarudin turut berterima kasih dengan sokongan FPSK, Hospital UMS, UMSKAL dan Polis Daerah Kota Kinabalu yang melancarkan segala urusan penghantaran bantuan tersebut, serta pengurusan 99 Speed Mart yang turut menyumbang bekalan makanan.

Hadir sama pada acara tersebut Pengarah HUMS, Prof. Dr. Helen Benedict Lasimbang.

RELATED ARTICLES
Utama

SMM ambil tindakan undang-undang susulan salah laku bekas CEO

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular