HomeUtamaYakin Sabah Mampu Capai Lebih 80 Peratus Imuniti Kelompok - Bung

Yakin Sabah Mampu Capai Lebih 80 Peratus Imuniti Kelompok – Bung

Read Time:1 Minute, 17 Second

SANDAKAN:  Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin yakin Sabah mampu mencapai sasaran lebih 80 peratus imuniti kelompok menjelang Oktober tahun ini.

Katanya, kerajaan negeri turut mengatur strategi dan mekanisme tersendiri bagi memastikan seluruh rakyat di Sabah memperoleh vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Hasil daripada beberapa program yang dilaksanakan oleh Pasukan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) di Sabah khususnya di kawasan pedalaman menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan terhadap penerima vaksin dikalangan rakyat.

“Justeru itu saya merayu dan menyeru kepada seluruh rakyat khususnya di daerah ini, Kinabatangan dan lain-lain tempat supaya tampil mendaftarkan diri bagi memastikan mereka menerima vaksin,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Program Outreach vaksinasi Covid-19 di Kampung Tanjung Aru, daerah Kinabatangan pagi tadi.

Hadir sama, Menteri Pelancongan Kebudayaan Dan Alam Sekitar Datuk Jafry Arifin, Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Faridah Giau dan Pegawai Kesihatan Sandakan Dr. Johari Awang Besar.

Bung berkata, rakyat tidak perlu risau dan bimbang terhadap vaksin yang diberikan kerana ia disahkan selamat untuk digunakan.

“Ini perlu dan penting bagi memastikan kita selamat menjalani kehidupan seharian kita dan kita akan ada kebebasan pada masa akan datang tetapi kalau kita tidak terima vaksin pasti ada penyebar virus.

“Dengan ada pencegahan seperti ini saya yakin dan pecaya masyarakat akan hidup seperti sedia kala pada masa akan datang jika kita patuhi SOP kerajaan,”katanya.

Dalam pada itu, Bung berpuas hati dengan sambutan rakyat terhadap vaksin melalui Program Outreach Vaksinasi COVID-19 yang dilaksanakan di Kampung Tanjung Aru yang turut melibatkan penduduk kampung di sekitarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

FCDO  jamin teliti permintaan Sabah tarik semula larangan perjalanan ke Pantai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular