COVID-19 : Penjara Kepayan PKPD Kali Kedua

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Penjara Kepayan, Kota Kinabalu sekali lagi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula Isnin ini berkuat kuasa 28 Jun sehingga 11 Julai 2021 selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati berlaku peningkatan kes apabila sebanyak 18 kes positif telah dikesan dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut.

Sebelum ini penjara Kepayan pernah dikenakan PKPD dua minggu bermula 20 Oktober sehingga 2 November 2020 tahun lalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pelaksanaan PKPD selain penjara Kepayan, antaranya Kilang Sawit Bell (termasuk perumahan kilang), Kinabatangan, Kampung Tuunon, Penampang, Kampung Perpaduan Ria 1, Kudat dan Kampung Jawi-Jawi, Kota Belud dikenakan PKPD berkuat kuasa 28 Jun sehingga 11 Julai 2021.

“Pelaksanaan PKPD bertujuan untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut,”kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri.

Manakala pelanjutan PKPD 2 lokaliti di Kota Belud, Kampung Tawadakan
dan Kampung Kota Bungan, Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua (2) lokaliti di Kota Belud, Sabah yang dijadualkan tamat pada 27 Jun 2021.

Masidi berkata, KKM mendapati penularan masih berlaku dalam komuniti serta
terdapat kes baharu direkodkan di lokaliti tersebut jesteru itu kerajaan melanjutkan PKPD dua lokaliti di Kota Belud tersebut bermula 28 Jun sehingga 11 Julai 2021.

Dalam pada itu, KKM mengesahkan berlaku penurunan kes di Kampung Sundang Laut, Sandakan, maka kerajaan bersetuju menamatkan PKPD lebih awal di kawasan tersebut pada 27 Jun 2021.

Menurutnya, lima kawasan lagi ditamatkan PKPD pada Ahad ini 27 Jun, iaitu Kampung Indah, Nabawan, Kampung Manggis, Kuala Penyu, Kampung Baru (SFI), Sipitang, dua Lokaliti di Tawau iaitu Taman Kinabutan Ria dan Simpang Inderasabah.

“KKM mengesahkan berlaku penurunan kes ke semua kawasan yang ditamatkan PKPD dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan,”katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *