HomeIsu tempatanRumah Agnes Keith Bakal Dibangunkan Sebagai Destinasi Pelancongan Berteraskan 'Dark Tourism'

Rumah Agnes Keith Bakal Dibangunkan Sebagai Destinasi Pelancongan Berteraskan ‘Dark Tourism’

Read Time:1 Minute, 12 Second

SANDAKAN : Rumah Agnes Keith bakal dibangunkan sebagai sebuah destinasi pelancongan yang berteraskan kegelapan atau lebih dikenali sebagai ‘Dark Tourism’ yang akan dilaksanakan Jabatan Muzium menerusi program E-Seram.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, ianya akan memberi peluang kepada pengunjung bermalam dirumah terbabit bagi merasai sendiri kehidupan penulis tersohor Amerika Syarikat, Agnes Newton Keith bersama suami, Harry Keith dan anak mereka, George.

“Walau bagaimanapun program ini terpaksa ditangguhkan ekoran pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia sejak tahun lalu. Sabah mempunyai banyak lokasi yang menyimpan sejarah peperangan, kemusnahan atau tragedi yang mampu diangkat untuk dijadikan sebagai tarikan pelancongan.

“Mungkin ramai yang tidak tahu rumah agam di atas bukit itu menyimpan cerita misteri dimana pelbagai catatan Agnes termasuk pengalaman seram yang sering dilalui sepanjang tinggal di rumah berkenaan,”katanya.

Agnes menulis: “Saya tidak percaya pada hantu. Tetapi setiap hari saya melihat seorang wanita tinggi lampai mengucapkan selamat tinggal kepada suaminya, mengambil bayinya dan turun ke jalan seorang diri, berdiri di hujung jalan dan menoleh ke belakang.”

Seorang pembantu rumah yang bekerja ketika Tom Bayles tinggal di situ pada 1967 hingga 1968 pula terserempak dengan wanita sedang berdiri di anak tangga.

Banyak lagi catatan dalam bentuk makalah yang turut dipamerkan di satu sudut rumah itu yang menceritakan kejadian seram dialami penghuni rumah berkenaan.

Ia membuktikan di sebalik keunikan serta sejarahnya, Rumah Agnes Keith turut menyimpan cerita misteri yang pastinya menjadikan ia lebih menarik untuk dikunjungi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

58 beg darah berjaya dikutip, bantu pesakit memerlukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular