RANAU: Beberapa orang dari Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Daerah (5PM DC) Ranau telah berkunjung ke SMK Timbua dekat sini baru-baru ini.
Pengerusi 5PM DC, Erwan Gunda telah menyampaikan sumbangan kepada SMK Timbua yang diwakili Pengetua sekolah, Marcus Shafie semasa kunjungan itu.
Erwan berkata, sumbangan yang diberikan itu adalah untuk membina Pondok Wifi di lokasi yang boleh menerima capaian internet bagi kemudahan pelajar mengakses maklumat menerusi pembelajaran atas talian.
Sementara itu Marcus meluahkan terima kasih kepada 5PM DC Ranau kerana menyumbang dana untuk kos pembinaan Pondok Wifi bagi kemudahan pelajar mengikuti pembelajaran atas talian.
“Semua pelajar, guru-guru, para ibu bapa dan penduduk sekitar Kg Timbua dan kampung-kampung sekitar boleh mendapat manfaat kemudahan itu bagi mendapatkan maklumat sahih melalui talian internet,” Ujar Marcus.