HomeUtamaBekalan Vaksin Mencukupi Untuk PICK Fasa Ketiga Di Sabah

Bekalan Vaksin Mencukupi Untuk PICK Fasa Ketiga Di Sabah

Read Time:1 Minute, 0 Second

MEMBAKUT : Bekalan vaksin mencukupi untuk meneruskan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi fasa ketiga di negeri Sabah yang akan bermula pada bulan hadapan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Shahelmey Yahya berkata, penjadualan itu adalah berdasarkan PICK yang telah ditetapkan selain mengambil maklum berlaku penangguhan pemberian vaksin.

“Kita mengambil maklum berlaku kesulitan berhubung penangguhan pemberian vaksin kepada golongan sasar yang lain memandangkan jumlah bekalan vaksin untuk dos pertama kepada mereka agak terhad.

“Pada Rabu ini, bekalan vaksin mingguan akan tiba lagi maka pemberian vaksinasi boleh diteruskan. Setakat ini, pemberian vaksin ditumpukan kepada individu yang melengkapkan pemberian vaksin dos kedua dan bagi yang meneruskan dos pertama, hanya untuk golongan fasa kedua,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Kesenian Islam Membakut, Kimanis, disini, kelmarin.

Hadir sama pada lawatan itu Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut.

Shahelmey yang juga Exco Kesihatan negeri Sabah berkata, proses pemberian vaksin di PPV sedia ada masih boleh diteruskan dengan menumpukan golongan fasa kedua.

Proses itu adalah untuk mencapai sasaran vaksinasi 30,000 orang sehari yang telah diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor sebelum ini.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular